Friday, 13 January 2012

AR-RAHMAN (maha pemurah),AR-RAHIM (maha penyayang)

Allah mempunya nama yg agung iaitu ar-Rahman dan ar-Rahim..kita th bahawa rahmat Allah sangatlah luas dan mencakupi segala sesuatu..maka siapa lagi yg dapat memberi rahmat kepada seluruh hamba selain Allah..

Kita mendapat ketengan dalam hati kerana rahmat-Nya...kita dpt hidup senang di dunia dan di akhirat juga kerana rahmat-Nya..dan kerana rahmat-Nya pula kita terhindar dari murka-Nya, kerana rahmat-Nya melebihi murka-Nya...

Dari nama Allah,ar-Rahman ini,kita dapat  mengambil satu pengajaran yg berharga,kerana dengan memahami nama Allah yg sedang  kita pelajari ini,kita akan tahu bagaimana kita seharusnya saling mengasihi...

Perlu kita ketahui juga bahawa Allah sangat menyayangi hamba-hamba-Nya..justeru itu,Allah juga menyandang nama ar-Rahhim sebuah nama yang agung..


Allah tidak pernah marah kepada hamba-hamba-Nyayg taat, melainkan sebaliknya..Dia selalu bersikap lembut kepada mereka dan tidak segan-segan mengampuni dosa-dosa mereka kerana Allahlah yg Maha Kuat dan Maha Kaya,sedangkan mereka adalah hamba-hamba-Nya yg lemah dan selalu memerlukan-Nya..Maha Suci Allah yg sangat penyayang dan pengasih kepada makhluk-Nya sama ada di dunia mahupun di akhirat..Dialah pemilik tunggal segala rahmat dan kasih sayang...


Perlu di ingat pula bahawa dua nama Allah yg kita baca kali ini iaitu ar-Rahman dan ar-Rahim selalu kita sebut setiap kali mengerjakan sembahyang iaitu permulaan surah al-Fatihah...Selain itu,kita juga selalu menyebutnya ketika kita mengucap bismillah..

  
بسم الله الرحمن الرحيم

Dengan menyebut nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani


Kita harus mengucap basmalah itu dalam setiap langkahh dan perbuatan kita,sehingga apa yg kita lakukan akan selalu mendapat berkat dan reda Allah dan terhindar dari godaan syaitan yg terkutuk kerana stiap mendengat keagungan nama Allah , syaitan pasti akan lari lintang pukang kerana takutnya..


FADILAT dan Keutamaannya

-ar-Rahman dapat melenyapkan segala sesuatu yg tak disukai oleh org yg berzikir dengannya..sesiapa membacanya 100 kali tiap-tiap selesai mengerjakan sembahyang fardu, maka dengan izin Allah,akan hilanglah sifat lalai dan lupa dari dirinya..

-asmaul husnna 'YA RAHMAN' ini sesuai dijadikan amalan tetap setiap kali selesai menunaikan sembahyang fardu..mudah-mudahan anda akan peroleh rezeki yg melimpah dan dikasihi oleh semua orang

-begitu juga org yg rajin beramal dengan nama Allah 'Ya RAHIM' ini 100 kali akan mendapat limpahan dan pancaran dari sifat Allah yang Maha Pemurah ini..Allah akan menyayanginya...jika dia sudah disayangi Allah maka semua makhluk didunia ini akan ikut sayang kepadanya..

Ya ALLAH

1- ALLAH (lafzul jalalah)
#Allah adalah sbuah kata yg mengandungi sifat mulia dan agung...Allah adalah nama bagi Zat yg Maha Tinggi dan Maha Mencipta...nama ini menunjukkan keesaan-Nya kerana nama itu tidak dpt digunakan untuk jenis lelaki atau prempuan...seperti juga tidak blh menunjukkan makna dua atau lebih..Maha suci Allah Tuhan Yang Esa, dgn menyebut nama-Nya hati kita akan menjadi khusyuk dan tenang..Allah adalah nama yg memancarkan cahaya..nama yg tidak blh dimiliki siapa pun kecuali oleh-Nya..kita tidak akan mendapati satu pun dari makhluk-Nya yg bernama Allah,kerana Dialah pemilik tunggal nama ini,nama yg menyimpan sebuah keagungan dan kemuliaan..

*fadilat dan keutamaanya..
-sekiranya nama ini (lafzul jalalah) diamalkan,mudah mudahan dengan izin Allah ,tercapai segala yg diidamkan dalam hidup..amalkanlah setiap malam,khususnya sepertiga malam yg akhir, iaitu sebanyak 500 kali,maka segala keinginan dan cita2 akan tercapai..sbelum mula bramal dengan 'ya Allah ini hendaklah terlebih dahulu mengerjakan sunat hajat 2 rakaat...

Saturday, 22 October 2011

KELUHAN YANG TIADA PENGHUJUNGNYA




mengeluh adalah dialog yang dilakukan secara jujur namun sia-sia...mengeluhkan kelemahan dan kekurangan yang ada, maka itulah penderitaan.. semakin mengeluh semakin menderita...jika kita berhenti mengeluhkan kelemahan, dan berfokus mengunakan kekuatan dalam kesyukuran yang produktif,maka hidup ini tidaklah sia-sia..

janganlah mengeluh dengan apa yang telah terjadi,harusnya bersabar dan sentiasa memohon kepada Allah,agar diberi petunjuk,mohon lah dengan hati yang ikhlas kerana Allah tahu apa yang terbaik untuk hambabya..


Perbuatan ini sangat dikutuk oleh agama dan hukumnya haram. Kerana itu Rasulullah s.a.w bersabda,:
" Tiga macam daripada tanda kekafiran terhadap Allah, merobek baju, mengeluh dan menghina nasab orang." 
Dan sabda Rasulullah s.a.w pula, " Mengeluh itu termasuk kebiasaan Jahiliyyah, dan orang yang mengeluh, jika ia mati sebelum taubat, maka Allah akan memotongnya bagi pakaian dari wap api neraka." (Riwayat oleh Imam Majah) 



bersabarlah dan jangan lah mengeluh..islam menggalakkan umatnya bersabar dan semestinya harus dimiliki oleh setiap orang yang mengaku beriman kepada Allah,setiap musibah yang datang itu bukan ingin menyeksa,tapi sedarlah,ianya datang memberi peringatan,dan menguji keteguhan iman dan taqwa setiap orang,dan musibah itu tidak sama sekali dengan orang lain..dan ingatlah janji Allah itu pasti...







Friday, 21 October 2011

aku insan yang hina



tiada apa dalam hidup ini jika hanya bergembira dalam tangisan dosa..hidup ini perlu ingatkan kematian yang pasti akan datang menghampiri,setiap hari,setiap masa dan saat..ianya menunggu..apakah tidak terfikir akan semasa kematian,walaupun dalam sesaat nyawa dicabut,jika dosa yang penuh,ianya amat menyakitkan..bagaimana kehidupan yang akan datang..bagaimana di alam yang seterusnya nanti..malaikat maut sentiasa menatap seseorang sebanyak 70 kali sehari..adakaah bersedia menerima jemputan itu..

hidup ini memang tidak lari dari melakukan dosa-dosa..namun Allah itu maha pengampun untuk menghapuskan dosa-dosa hambanya,,,datang lah bermohon keampunan kepada Allah,sentiasa bermohon kerana Allah suka hambanya merintih kepadanNya..meminta pertolongan,minta perlindungan,keampunan..disitu lah menunjukkan yang seorang hamba itu amat memerlukan perhatian,kasih sayang dan yang penting ingin sekali bercinta dengan penciptanya..

janganlah berputus asa dengan rahmat Allah..sebanyak mana pun dosa yang dilakukan atau berulangkali..jangan pernah berputus asa mengharapkan keampunan dariNya...dimana silapnya..disitulah kita lihat kekuatan iman dan aqidah..kita tidak akan sentiasa sempurna jika kita sentiasa dalam kekeliruan tentang dosa-dosa yang berterusan menyelebungi diri..memang manusia itu tidak sempurna dan ada melakukan dosa,namun kita harus tahu,untuk menjadi kesempurnaan dan mengelakkan dosa,kita haruslah mencarinya dengan sedaya upaya.sentiasa lah bertaubat dan merintih lah pada Allah..mohon lah sedaya upaya kerana Allah sentiasa menyayangi hambanya....cubalah bercinta dengan Allah nescaya tenanglah hidup ini..

Wednesday, 19 October 2011

5 Minuman Penawar Racun Dalam Tubuh

Inilah 5 Minuman Penawar Racun Dalam Tubuh

Mengamalkan memakan sayur segar dan jus buah adalah cara terbaik menjaga tubuh Anda. Selain itu,mengamalkan 5 minuman berikut ini juga bermanfaat membuang racun dalam tubuh.

1. AIR MASAK

Pakar kesihatan mengatakan, minum air masak secara teratur menyebabkan tubuh mampu membersihkan sistem pencernaan, serta menghilangkan racun dan sisa-sisa makanan yang terkumpul di usus. Ini membuat tubuh dan perut bersih dari penyakit.

2.AIR KELAPA SEGAR

minuman ini boleh mendetoksifikasi tubuh secara semulajadi. Selain membersihkan saluran pencernaan, minum air kelapa akan meningkatkan sistem pertahanan tubuh dan bermanfaat menjaga tubuh dengan terhidrasi dengan baik.

3. JUS LABU

Jus labu adalah ubat semulajadi yang sangat baik bagi mereka yang mengalami masalah pencernaan. "Ini kerana sifat nya. kordial dalam sebotol jus labu juga menyembuhkan masalah pencernaan,".

4. TEH HIJAU

Teh hijau adalah merupakan antioksia semulajadi yang mengandung polifenol, sehingga membantu glukosa dalam darah. "Polyphenol menglambat pergerakan glukosa ke dalam sel-sel lemak, dan mencegah mereka memasuki aliran darah,"

5. JUS OREN

sumber vitamin C, yang dikenali untuk meningkatkan kekebalan tubuh. Kaya flavonoid, antioksida, yang melindungi sistem pertahanan tubuh manusia dengan bertindak melawan kuman dan bakteria yang menyebabkan penyakit.

Sebagai tips, minuman detoksifikasi ini akan lebih baik jika diminum sebelum sarapan. Dengan cara seperti ini proses detoksifikasi akan berjalan dengan baik dan anda boleh merasakan manfaat kesihatannya.

Friday, 14 October 2011

JANGANLAH

JANGANLAH DIHINA

manusia berbagai-bagai ragam,mempunyai impian tersendiri,janganlah menghina impian seseorang itu..walaupun impiannya melebihi dari kemampuannya seakan-akan berangan,impian itu berupakan sama dengan niat,tanpa niat kita tidak akan ada hala tuju..tanpa niat kita tidak akan mencuba,berilah peluang untuk mencuba menggapainya..jika gagal,teruskan usahamu kerana tiada manusia yang terus dilahirkan untuk terus berjaya dan bersenang dengan kehidupan..

JANGANLAH MENGELUH

keluhan itu tidak akan kemana-mana..tekadkan niat,doa,usaha dan tawakallah..bersedialah untuk terus mencuba dengan berserah penuh pada Allah,tiada apa yang harus ditakuti jika terus mencuba dan mencuba...itu lebih baik dari mengalah dari awal kegagalan..

JANGANLAH TANGISI

jika gagal dalam pada masa yang sama kita sudah berserah pada Allah,maka ketahuilah kamu bahawa ada yang lebih baik dari itu..berserahlah pada Allah nescaya kamu akan berada dalam ketenangan...tiada guna tangisi tanpa usaha yang seterusnya..tiada yg perlu tangisi jika gagal untuk mencuba sesuatu yg baik..

Thursday, 13 October 2011

ku ingin sekali

Ku Cuba

kosong punyai nilai



Hari ini,
Ku bangun,
Dari mati yang sementara,
Rasa tidak bermaya,
Ku lalui kehidupan ini,
Mahu tidak mahu,
Masa terus berlalu pantas,
Seakan tidak merasai,
Apa yang aku rasai,
Kini.

Ku cuba,
Lagak seperti biasa,
Cuba senyum dan menyapa,
Namun ku tahu,
Ianya tidak tulus,
Tawar dan kurang ria,
Kerana ia, buatan cuma.

Bumi terus berputar sebagaimana lazim,
Manusia tetap bergerak menuju matlamat masing-masing,
Semuanya sama,
Tiada yang lain,
Namun tidak bagiku,
Hari ini dan semalam,
Jauh terasa perbezaannya,
Apa yang berlaku di sekelilingku,
Seakan tiada makna,
Hakikatku di sini,
Namun diriku bukan di sini,
Seakan jiwaku terbang meninggalkan anggota,
Berterusan hidup tanpa nyawa,
Hatiku kosong. 

Mengapa aku perlu terus bermuram durja,
Mengapa aku perlu terus hidup tanpa makna,
Mengapa aku perlu terus diseksa sebegini rupa?

Namun bagaimana,
Bukan aku yang memilihnya,
Apa erti ini semua,
Adakah kekosongan ini punyai makna?


Ketahuilah, setiap langkah dan nafasmu hanya untuk Allah..

Jika langkah-langkahmu diambil bukan kerana-Nya..
Untuk apa engkau terus melangkah?

Jika nafas-nafasmu dihirup bukan lagi untuk-Nya..
Untuk apa engkau terus bernafas?

Demi keseronokan yang sementara?

Demi mencapai kejayaan yang tak kekal sifatnya?

Demi menikmati dunia yang tak pernah cukupnya?


.......

Dupp! 
Seakan segelombang badai gergasi menampar keras pipiku,
Membuatku tersedar dari lena.

Ya, 
Kosong ini punyai nilai,
Ia tanda kasihNya,
Sang pencipta kepada hamba,
Agar aku tidak terlalu gembira 'tanpa'Nya,
Jalanku telah tersasar,
Kian jauh,
Nikmat dunia yang sementara,
Dia rentap dariku,
Agar aku kembali kepadaNya,
Merintih dan berharap seperti dahulu kala,
Titisan-titisan air mataku di kala sepinya malam,
Sujud penuh khusyu', penuh cinta kepadaNya.

Segala puji hanya bagimu ya Allah,
Atas kekosongan yang penuh makna.

Akan kukikis cinta-cinta dunia,
Dari dinding hatiku, 
Dan akan ku isinya penuh,
Dengan cinta,
Syukur,
Penghambaan,
Pengharapan,

Hanya buatMu semata. . .