JANGANLAH DIHINA
manusia berbagai-bagai ragam,mempunyai impian tersendiri,janganlah menghina impian seseorang itu..walaupun impiannya melebihi dari kemampuannya seakan-akan berangan,impian itu berupakan sama dengan niat,tanpa niat kita tidak akan ada hala tuju..tanpa niat kita tidak akan mencuba,berilah peluang untuk mencuba menggapainya..jika gagal,teruskan usahamu kerana tiada manusia yang terus dilahirkan untuk terus berjaya dan bersenang dengan kehidupan..
JANGANLAH MENGELUH
keluhan itu tidak akan kemana-mana..tekadkan niat,doa,usaha dan tawakallah..bersedialah untuk terus mencuba dengan berserah penuh pada Allah,tiada apa yang harus ditakuti jika terus mencuba dan mencuba...itu lebih baik dari mengalah dari awal kegagalan..
JANGANLAH TANGISI
jika gagal dalam pada masa yang sama kita sudah berserah pada Allah,maka ketahuilah kamu bahawa ada yang lebih baik dari itu..berserahlah pada Allah nescaya kamu akan berada dalam ketenangan...tiada guna tangisi tanpa usaha yang seterusnya..tiada yg perlu tangisi jika gagal untuk mencuba sesuatu yg baik..
No comments:
Post a Comment