Allah mempunya nama yg agung iaitu ar-Rahman dan ar-Rahim..kita th bahawa rahmat Allah sangatlah luas dan mencakupi segala sesuatu..maka siapa lagi yg dapat memberi rahmat kepada seluruh hamba selain Allah..
Kita mendapat ketengan dalam hati kerana rahmat-Nya...kita dpt hidup senang di dunia dan di akhirat juga kerana rahmat-Nya..dan kerana rahmat-Nya pula kita terhindar dari murka-Nya, kerana rahmat-Nya melebihi murka-Nya...
Dari nama Allah,ar-Rahman ini,kita dapat mengambil satu pengajaran yg berharga,kerana dengan memahami nama Allah yg sedang kita pelajari ini,kita akan tahu bagaimana kita seharusnya saling mengasihi...
Perlu kita ketahui juga bahawa Allah sangat menyayangi hamba-hamba-Nya..justeru itu,Allah juga menyandang nama ar-Rahhim sebuah nama yang agung..
Allah tidak pernah marah kepada hamba-hamba-Nyayg taat, melainkan sebaliknya..Dia selalu bersikap lembut kepada mereka dan tidak segan-segan mengampuni dosa-dosa mereka kerana Allahlah yg Maha Kuat dan Maha Kaya,sedangkan mereka adalah hamba-hamba-Nya yg lemah dan selalu memerlukan-Nya..Maha Suci Allah yg sangat penyayang dan pengasih kepada makhluk-Nya sama ada di dunia mahupun di akhirat..Dialah pemilik tunggal segala rahmat dan kasih sayang...
Perlu di ingat pula bahawa dua nama Allah yg kita baca kali ini iaitu ar-Rahman dan ar-Rahim selalu kita sebut setiap kali mengerjakan sembahyang iaitu permulaan surah al-Fatihah...Selain itu,kita juga selalu menyebutnya ketika kita mengucap bismillah..
بسم الله الرحمن الرحيم
Dengan menyebut nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani
Kita harus mengucap basmalah itu dalam setiap langkahh dan perbuatan kita,sehingga apa yg kita lakukan akan selalu mendapat berkat dan reda Allah dan terhindar dari godaan syaitan yg terkutuk kerana stiap mendengat keagungan nama Allah , syaitan pasti akan lari lintang pukang kerana takutnya..
FADILAT dan Keutamaannya
-ar-Rahman dapat melenyapkan segala sesuatu yg tak disukai oleh org yg berzikir dengannya..sesiapa membacanya 100 kali tiap-tiap selesai mengerjakan sembahyang fardu, maka dengan izin Allah,akan hilanglah sifat lalai dan lupa dari dirinya..
-asmaul husnna 'YA RAHMAN' ini sesuai dijadikan amalan tetap setiap kali selesai menunaikan sembahyang fardu..mudah-mudahan anda akan peroleh rezeki yg melimpah dan dikasihi oleh semua orang
-begitu juga org yg rajin beramal dengan nama Allah 'Ya RAHIM' ini 100 kali akan mendapat limpahan dan pancaran dari sifat Allah yang Maha Pemurah ini..Allah akan menyayanginya...jika dia sudah disayangi Allah maka semua makhluk didunia ini akan ikut sayang kepadanya..
Friday, 13 January 2012
Ya ALLAH
1- ALLAH (lafzul jalalah)
#Allah adalah sbuah kata yg mengandungi sifat mulia dan agung...Allah adalah nama bagi Zat yg Maha Tinggi dan Maha Mencipta...nama ini menunjukkan keesaan-Nya kerana nama itu tidak dpt digunakan untuk jenis lelaki atau prempuan...seperti juga tidak blh menunjukkan makna dua atau lebih..Maha suci Allah Tuhan Yang Esa, dgn menyebut nama-Nya hati kita akan menjadi khusyuk dan tenang..Allah adalah nama yg memancarkan cahaya..nama yg tidak blh dimiliki siapa pun kecuali oleh-Nya..kita tidak akan mendapati satu pun dari makhluk-Nya yg bernama Allah,kerana Dialah pemilik tunggal nama ini,nama yg menyimpan sebuah keagungan dan kemuliaan..
*fadilat dan keutamaanya..
-sekiranya nama ini (lafzul jalalah) diamalkan,mudah mudahan dengan izin Allah ,tercapai segala yg diidamkan dalam hidup..amalkanlah setiap malam,khususnya sepertiga malam yg akhir, iaitu sebanyak 500 kali,maka segala keinginan dan cita2 akan tercapai..sbelum mula bramal dengan 'ya Allah ini hendaklah terlebih dahulu mengerjakan sunat hajat 2 rakaat...

Subscribe to:
Posts (Atom)