hidup ini memang tidak lari dari melakukan dosa-dosa..namun Allah itu maha pengampun untuk menghapuskan dosa-dosa hambanya,,,datang lah bermohon keampunan kepada Allah,sentiasa bermohon kerana Allah suka hambanya merintih kepadanNya..meminta pertolongan,minta perlindungan,keampunan..disitu lah menunjukkan yang seorang hamba itu amat memerlukan perhatian,kasih sayang dan yang penting ingin sekali bercinta dengan penciptanya..
janganlah berputus asa dengan rahmat Allah..sebanyak mana pun dosa yang dilakukan atau berulangkali..jangan pernah berputus asa mengharapkan keampunan dariNya...dimana silapnya..disitulah kita lihat kekuatan iman dan aqidah..kita tidak akan sentiasa sempurna jika kita sentiasa dalam kekeliruan tentang dosa-dosa yang berterusan menyelebungi diri..memang manusia itu tidak sempurna dan ada melakukan dosa,namun kita harus tahu,untuk menjadi kesempurnaan dan mengelakkan dosa,kita haruslah mencarinya dengan sedaya upaya.sentiasa lah bertaubat dan merintih lah pada Allah..mohon lah sedaya upaya kerana Allah sentiasa menyayangi hambanya....cubalah bercinta dengan Allah nescaya tenanglah hidup ini..
No comments:
Post a Comment